Friday, March 16, 2012

HIDUPKAH LAGI UMNO SELEPAS PRU13

Pihak pembangkang lebih agresif kali ini? atau adakah UMNO yang terlalu letih untuk mentadbir lagi? ini pun lagi satu persoalan yang bermain diminda pemimpin dan pembangkang. 

Adakah pembangkang lebih agresif? jawapan yang aku berikan adalah YA. kerana jika dilihat terkini apa sahaja yang dipersoalkan oleh pembangkang terhadap isu isu rasuah telah membuatkan rakyat bangun dari lamunan, walaupun tidak semua rakyat faham apakah maksud rasuah. Pembangkang sebegitu arif mengenai perihal rasuah sehingga kain kak jat pun terlondeh seperti yang dijanjikan.. Syabas Kak Jat. kepada Hubby Kak Jat.. pada aku "SERABUT SERIBU ALAM". Syabas Kak Jat jasa mu dikenang demi wanita perjuangan serta pengorbanan mu ternyata Mulia. Yang lebih elok tinggalkan juga jawatan Ketua Wanita sekali kerana jawatan kabinet terletak kepada ketokohan seseorang didalam politik maka jika ada yang menconteng arang (suami) dimuka penjawat dijawatan kabinet iaitu Kak Jat maka UMNO juga telah terpalit, jangan dicontohi Perangai Ketua Pembangkang jangan contohi tabiat buruk maka kesudahannya UMNO tiada beza dengan pembangkang.


Adakah UMNO terlalu letih untuk mentadbir lagi? kerana kenyataan DAIM yang mempertikaikan kewibawaan DS Najib harus dijadikan ikhtibar kerana kewibawaan DS najib adalah berasaskan kekuatan Barisan Nasional dimana kekuatan UMNO? siapakah dikalangan UMNO yang benar benar boleh dijadikan Pemimpin Rakyat yang mengutamakan UMNO daripada Barisan Nasional. 

Adake?





Sunday, November 27, 2011

UMNO TENANG HADAPI HARI PERHIMPUNAN

Adakah perhimpunan agung UMNO pada hari Selasa ini adalah yang terakhir sebagai Pemerintah atau yang teristimewa dari sebelumnya, menurut teman rapat yang terlibat didalam persediaan perhimpunan ini mengatakan rata rata hampi kesemua yang terlibat merasakan terdapat AURA TENANG sempena perhimpunan UMNO kali ini, ini ialah kerana terdapat mereka yang ingin menyaksikan ramai pemimpin UMNO diturunkan terutama kepada Ketua Pemuda UMNO.

Seberapa benar perkara itu "wallalhuallam" tetapi apa yang pasti UMNO bakal mendapat satu sentuhan Istimewa daripada Presiden UMNO yang mana Presiden UMNO dibantu oleh Timbalan Presiden dengan sebegitu tenang sekali penampilan selama ini. Syabas UMNO kerana berjaya mempertahankan Kuasa Poltik diMalaysia ini.




Hidup UMNO Hidup BARISAN NASIONAL

Friday, November 25, 2011

MAYC LIAT DIGONGGONG SYED JAKARTA dan SYED TERENGGANU

Beberapa kali saya telah membaca coretan  yang ditujukan kepada kedua dua pihak MAYC, terutama kepada pihak MAYC SYED HAMID. Sebenarnya Syed Jakarta dan Syed Terengganu ini berpakat berkepentingan untuk menjahanamkan Pertubuhan Persatuan Kelab Kelab Belia yang dianggotai sebegitu ramai ahli.

Yang menjadi persoalannya ialah benarkah Syed Hamid ini benar benar liat atau Syed Hamid menggunakan kaedah UGUTAN untuk kekal berkuasa. Walaupun sebagai dasar biasa MAYC ingin melakukan perubahan kepada pentadbiran Pengurusan MAYC, tetapi kenapa mesti masih mengekalkan Cikgu Bakar Shaukat Ali. Walaupun Pemimpin MAYC bertukar ganti tetapi Cikgu pencen ini tetap menjadi pengawas bisebalik pengurusan MAYC sambil menggunakan hidung untuk mencium bau bau yang boleh menggugatkan Syed Hamid. 

Cikgu Pencen ini adalah Cikgu pembohong dengan berbohong Cikgu Pencen ini setiap bulan mengaut keuntungan pendapatan melalui penat lelah orang lain dengan menerima paling kurang RM5 ribu gaji bulanan yang diterima melalui hasil pentadbiran bangunan Wisma Belia dan Wisma Tunku walaupun corak dan hasil pengurusan beliau telah membuatkan bangunan MAYC berbau sungguh hapak dan busuk macam bau hati mereka mereka tersebut.



Benarkah MAYC liat digonggong Syed Hamid.?? 

Mari kita lihat perubahan yang akan berlaku tidak lama lagi.



Saturday, November 12, 2011

MAMPUKAH UMNO MENANG BERSAMA BN

Setelah diamati pergerakan terkini dan langkah langkah yang perlu maka cabaran terkini UMNO bersama BN maka cabaran paling ketara yang UMNO miliki adalah calon calon winnable candidate. Buat setakat ini sebagai contoh diselangor UMNO masih dahagakan Pemimpin pemimpin berwibawa untuk merampas semula Selangor .
Fungsi UMNO sebagai Parti Politik yang berjaya yang memerintah adalah tidak dapat disangkal lagi kerana UMNO lah sebuah parti yang memerintah selama 54 tahun PArti Politik yang terulung dan yang poaling lama memrintah sesebuah kerajaan didunia ini.

Dimanakah Pemimpin Generasi Pelapis UMNO.

Mari kita rujuk ungkapan kata kata Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

KUALA LUMPUR 7 Mei - Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh yakin Barisan Nasional (BN) mampu menguasai semula Selangor apabila Datuk Seri Najib Tun Razak kini menerajui Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Menurut Shafie, kehadiran Najib sebagai pemimpin tertinggi parti untuk mengetuai Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor menunjukkan kesungguhan beliau bekerja secara terus dengan ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Jelas beliau, ia juga membolehkan parti itu menyelaraskan aktiviti di peringkat negeri seterusnya mempermudahkan usaha menghulurkan khidmat kepada masyarakat.

"Saya juga berharap lebih ramai pemimpin pelapis dan generasi muda diberi peluang memegang portfolio tertentu dalam parti bagi menyeimbangkan gelombang perubahan dalam arus politik perdana," katanya.

*****


Mampukah pemimpin generai muda UMNO memenangi hati Rakyat Selangor?

Jelas masalah kesenambungan Kepimpinan Generasi Muda diSelangor amat diperlukan, maka marilah kita gerakan generasi muda agar tampil dan bangun beranikan diri untuk sama sama membantu UMNO untuk terus menjadi Parti No 1 Malaysia dan seterusnya mencapai kemenangan pada pilihanraya Umum ke 13 nanti Insyaallah











Thursday, November 10, 2011

Konflik Pengambialihan Hutang MAYC dan Peradaban Terkini MAYC


Sejak tahun 2004 sehingga kini saya masih mempertahankan niat dan maksud sebenar saya mengenai MAYC, mereka mereka berp[endapatan bahawa saya bercita cita meilik Bangunan Wisma Tunku dan Wisma Belia berdasarkan faktor untung dan rugi.

Pada perjumpaan antara saya dan Tan Sri Sanusi Junid baru baru ini, saya telah maklumkan bahawa secara jelas Tugas dan Niat saya terhadap Bangunan MAYC. saya mengorak langkah saya untuk menyelamatkan bangunan MAYC adalah berdasarkan kekuatan dan kelebihan saya berfikir kearah Jalan Penyelesaian semuanya dibawah kekuatan Allah swt. Saya tidak mengantung banner dan spanduk utuk mempertahankan Hak saya. Secara jelas Bangunan MAYC adalah milik Persatuan dibawah kelolaan Amanah Raya Berhad.

Saya juga telah mendapat rundingan harga yang terlalu baik untuk menyelesaikan masalah tetapi yang menjadi kegilaan MAYC terdahulu adalah beranggapan kuasa dibawah Gengaman Syed Hamid Albar seorang Syed Jakarta tidak mungkin boleh menjadi Pemimpin Yang Baik.

Segalanya akan berakhir baik kepada Syed Rahman Syed Hamid Hj Zaini dll.

Mereka mereka ini adalah musuh dalam selimut MAYC.

Wednesday, September 10, 2008

MAYC - Pengambilalihan Hutang MAYC

OLEH

GREEN ALGAE VENTURES SDN BHD

Pada bulan Julai 2004 saya telah dipelawa untuk membeli Bangunan Wisma Belia bertempat diJalan Syed Putra Kuala Lumpur kerana PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) mengalami kesulitan membayar beban hutang yang melebihi RM38juta dan pada masa itu pihak Danaharta Urus Sdn Bhd telah memberikan satu tarikh untuk PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) untuk menjelaskan tunggakan hutang sebelum bangunan Wisma Belia dan Wisma Tunku akan diLELONG


Satu Perjanjian Jual Beli dengan deposit sebanyak RM1,000,000.00 (Satu Juta) (ref no Bil PKBM no (36) pe;bagai/MAYC/2004) dan Resolusi Persatuan (Bil PKBM (24) pengambilalihan/MAYC/2005) telah dimenterai pada Dec 27 2004 dan Pihak Maybank telah memberikan kemudahan kewangan terhadap saya sebanyak RM15.3 juta. (Date Feb 18 2005 ref no EFS/MUS/LN/ZAS/MAAS/GAVLO-ISLAMIC).
Setelah pihak saya memperolehi Letter Of Award saya telah dibawa oleh Timbalan Presiden MAYC – Tuan Hashim kerana diminta untuk bertemu dengan Dato’ Seri Hamid Albar Al Jabar (Presiden MAYC) mengenai Bangunan Wisma bertempat dipejabat Menteri Luar, Wisma Putra. Pada hemat saya adalah tidak sesuai untuk berbincang diPejabat Menteri Luar berkenaan perkara tersebut dan saya telah ditanya tujuan saya membeli bangunan tersebut dan saya berkata pada Dato’ Seri Hamid Albar “Dato’ Seri sebagai Menteri patut tahu apa nak buat”. kerana beliau sebagai seorang menteri penuh yang diamanahkan oleh rakyat melalui Perdana Menteri tetapi sehingga sekarang tetapi GAGAL menyelesaikan Permasalahan Hutang MAYC sebanyak melebihi RM38juta bagaimana rakyat boleh yakin dan selamat kerana beliau sekarang diamanahkan untuk menjaga keselamatan KITA bagaimana keadaan orang Kota Tinggi sekarang ini?.... percayalah saya amat memahami kenapa kamu semua inginkan Pembaharuan....
Orang kata "Hutang Pun Tak Lepas Ada Hati Nak Jaga Tepi Kain Orang"
Timbalan Presiden MAYC -Tuan Hashim - Ini lagi satu faktor beliau pernah mencemar nama dengan skandal dijabatan Agama Islam dan dengan tanpa segan silu dengan muka tak malu telah meminta saya sebanyak RM50,000.00 dengan menggunakan cek Azmi Abdullah & Co dan membawa beliau untuk ditunaikan diBank BCB pada masa itu bertempat di Bandar Baru Ampang,Selangor
Tuan Syed Rahman Tuan Syed Kuning dulu nampak baik berwawasan cakap bahasa bahasa syurga tetapi setelah selamat menjalani Pembedahan Pintasan Jantung maka sikap buruk seperti ego sombong talam bermuka muka telah ditonjolkan satu persatu. Sepatutnya beliau patut banyak banyak bersyukur kepada Allah bukan masih lagi berkaraoke dengan perempuan lain ini berlaku didepan saya dan sahabat saya bernama Shamsul Al Bashar bertempat diNews KTV (bil resit masih dalam simpanan) dan saya menyerahkan wang tunai kepada Tuan Syed Rahman lebih kurang hampir RM150,000.00 bertempat diHotel Legend Kuala Lumpur disaksikan En Shamsul Al Bashar dan dan bayaran melalui Kaunter Bank RHB di Mid Valley RM2,000.00

Selang beberapa hari saya telah diminta untuk berjumpa dengan Setiausaha Agong – En Syed Rahman dan Timbalan Presiden MAYC –Tuan Hashim bertempat diKenny Rogers The Mall Jalan Putra Kuala Lumpur dan mereka menawarkan untuk membeli syarikat saya sebanyak RM1,000,000.00 tetapi saya tiada niat untuk menjual. Setelah saya mengatakan bahawa saya tidak mahu menjual syarikat saya pihak MAYC terus mendiamkan diri dan saya ditendang seperti bola dan saya ibaratkan bahawa Pihak Pengurusan MAYC termasuk Presiden MAYC Umpama "Saya Melepaskan Anjing Yang Tersepit" .
Setelah lama menunggu saya menyerahkan Salinan dokumen berkenaan kepada Dato Badar – Bendahari Kehormat dan Naib Setiausaha Agong – En Nasaruddin untuk dipanjangkan kepada Dato Seri Hamid Albar tetapi masih gagal. Saya sekali lagi menyusul kePejabat Menteri Luar untuk menerangkan perkara Berkaitan Amanah Raya tetapi Dato’ Seri Hamid mengarahkan saya berurusan dengan Tuan Syed Rahman Tuan Syed Kuning sedangkan atas arahan Pihak Amanah Raya bahawa Tuan Syed Rahman Tuan Syed Kuning
TIDAK BOLEH
menurunkan sebarang tandatangan diPerjanjian Jual Beli (seperti lampiran). Setelah itu pihak Persatuan Kelab Kelab Belia tidak mematuhi arahan Amanah Raya sebagai Bare Trustee yang dilantik mengatakan tiada halangan Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangi tetapi mensyaratkan pihak Presiden (YB Dato' Seri Hamid Albar), Timbalan Presiden dan Bendahari Kehormat perlu menandatangani sekali lagi Perjanjian Jual Beli. Lebih malang umpama jatuh ditimpa tangga Peguam yang mewakili saya dari Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partner telah melakukan kerja ibarat Acuh Tak Acuh. Pernah duit saya sebanyak RM400k telah disalahgunakan oleh Peguam Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partner dan satu lapuran polis telah saya buat dibalai polis Jalan Travers no report 1763/08.
Atas sikap acuh tak acuh Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners tadi segala dokumen yang telah dihantar beberapa kali kepada Pejabat Urusan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) OLEH Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners tidak dilayan malah dengan sombong, ego dan bongkak mereka menuduh saya sebagai CONMAN sebagai alasan tidak menerima dokumen dan seperti biasa Presiden MAYC pun berkata "dia tidak tahu menahu tentang hal ini".. Pada saya tuduhan pihak pembangkang bahawa Pemimpin Tertinggi UMNO sombong dan bongkak memang BETUL. Telah beberapa kali saya menghantar E.mail kepada pihak pengurusan aduan atau apa sahaja jabatan atau mana mana perihal ini terutama Pengurusan UMNO dan Jabatan Belia unit Pendaftaran serta aduan tetapi memang sia sia dan saya cadangkan bahawa unit Aduan UMNO tidak perlu adakan Email Address.. kerana segala permasalahan Relevan atau Tidak yang diadukan oleh ahli adalah termaktub didalam perlembagaan UMNO adalah tidak wajar kes kes sebegini tidak mendapat walau satupun panggilan kata kata nasihat. UMNO UMNO.. Pak Lah yang kena nanti...
Saya sememangnya tidak menghalalkan segala kelakuan mereka menggunakan duit tanpa memikirkan penat lelah pihak saya yang telah menyengara struktur kewangan syarikat saya sehingga mengalami kerugian untuk semata mata Pengambilalihan Hutang MAYC sebanyak melebihi RM38juta dan sepatutnya pihak saya yang berada didalam bangunan MAYC bukan mereka mereka yang makan rasuah serta menjalankan amalan FITNAH. Kali terakhir iaitu pertengahan bulan Jun 2005 pihak saya ada menyatakan pendirian jelas kepada Pihak Presiden, Setiausaha Agong dan Timbalan Presiden mengenai matlamat serta prinsip saya iaitu akan saya tidak mempunyai apa apa halangan untuk menyerahkan pihak pengurusan Pihak Belia untuk menguruskan seperti biasa dan juga ada menyerahkan satu kertas cadangan impian saya Bertajuk
" Program Mampu Milik Layak Beli Hidup Selesa Dirumah Sendiri "
untuk diserahkan kepada Menteri Kewangan Kedua tetapi kertas kerja saya telah di EPU (Express Photostate Unit) dimana Pihak Menteri Kewangan Kedua telahpun melancarkan Program Mampu Milik baru baru ini terimakasih Perdana Menteri terima kasih Menteri Kewangan Kedua yang telah melancarkan Program itu tanpa saya tahu dan sedar Terima kasih sekali lagi...
Maruah saya sebagai Warga Malaysia Melayu Islam telah tercemar kerana difitnah. Saya mengalami kesukaran tekanan dilema dan membawa perkara ini kemuka pengadilan agar ianya dapat dilihat satu isu proses kearah keadilan untuk semua Kerana Persatuan Kelab Kelab Belia dinaungi oleh Penaung Utama Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Penaung Penaung Utama YAB Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Belia Dan Sukan. Segala dokumen tulin MAYC yang berkaitan proses pengambilalihan ada dalam simpanan BADAN PENCEGAH RASUAH - BPR.
Saya mengalami kerugian
Wang Ringgit, Kehilangan Harga Diri, Tekanan Mental serta saya terpaksa menutup pejabat operasi saya. dan dalam masa selama lebih 4 tahun dan juga Pihak Pengurusan
Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia mendapat keuntungan pendapatan selama ini tanpa ikhsan terhadap saya.
Saya difahamkan bahawa Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad adalah (Pemegang Trustee Asal).
Semasa Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad selaku (Pemegang Trustee Asal) meninggalkan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia - MAYC TIADA Trustee Baru dilantik, jika permasalahan ini tidak diatasi maka banyak perkara perkara sumbang yang akan terbongkar dan ini boleh mendatangkan kemudaratan disudut perundangan serta perlembagaan, kerana Tun Dr Mahathir menjalankan Tugas selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia dan pihak PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) telah melakukan Proses Hutang Tanpa Trustee Baru selepas Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir.. Sebagai Trustee Asal dan seluruh jentera Kabinet Beliau termasuk YB Dato' Seri Panglima Presiden Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia - MAYC juga boleh dikaitkan.
ADAKAH YB DATO' SERI PANGLIMA PRESIDEN PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) sedar akan permasalahan ini???

Saya bersyukur kerana saya masih berjaya mempertahankan matlamat saya agar Bangunan yang diAktiviti-Pelbagai-Uruskan oleh Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia yang dianggotai ahli seramai 400 ribu seluruh negara terutama orang Melayu tidak dilelong dan saya amat bersyukur kehadirat Allah swt kerana..itu.

Saya dengan ini berjanji akan meneruskan Usaha ini sehingga selesai walaupun terpaksa membuka pekong sikap sikap yang buruk bangsa saya sendiri dan saya akan membawa perkara ini kemuka pengadilan seterusnya mewar-warkan kepada semua ahli MAYC tentang
Permasalahan Pengambilalihan Hutang MAYC sebanyak RM38juta berserta sikap amalan Rasuah dan Fitnah.
BPR telah pun menjalankan fasa kedua dengan mengambil keterangan 2 ahli tertinggi MAYC iaitu Tuan Hashim dan Syed Abdul Rahman Tuan Syed Kuning beberapa minggu yang lalu.. Insyaallah segalanya akan terbongkar dengan kemenangan pada kebenaran....

Seperti lazim beliau tidak mengaku dan mengatakan bahawa segala kewangan atas arahan pihak atasan..






Apa nak jadi dengan mereka ini.?





SEHINGGA KEHARI PENGURUSAN PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) TERSENYUM BANGGA MENGKHIANATI BANGSANYA SENDIRI.



Journal Perjalanan Pengambilalihan Hutang MAYC OLEH Syarikat Green Algae Ventures Sdn Bhd - Syarikat Milik Penuh Bumiputra



Segala dokumen berkaitan telah diserahkan kepada pihak BPR