Friday, March 16, 2012

HIDUPKAH LAGI UMNO SELEPAS PRU13

Pihak pembangkang lebih agresif kali ini? atau adakah UMNO yang terlalu letih untuk mentadbir lagi? ini pun lagi satu persoalan yang bermain diminda pemimpin dan pembangkang. 

Adakah pembangkang lebih agresif? jawapan yang aku berikan adalah YA. kerana jika dilihat terkini apa sahaja yang dipersoalkan oleh pembangkang terhadap isu isu rasuah telah membuatkan rakyat bangun dari lamunan, walaupun tidak semua rakyat faham apakah maksud rasuah. Pembangkang sebegitu arif mengenai perihal rasuah sehingga kain kak jat pun terlondeh seperti yang dijanjikan.. Syabas Kak Jat. kepada Hubby Kak Jat.. pada aku "SERABUT SERIBU ALAM". Syabas Kak Jat jasa mu dikenang demi wanita perjuangan serta pengorbanan mu ternyata Mulia. Yang lebih elok tinggalkan juga jawatan Ketua Wanita sekali kerana jawatan kabinet terletak kepada ketokohan seseorang didalam politik maka jika ada yang menconteng arang (suami) dimuka penjawat dijawatan kabinet iaitu Kak Jat maka UMNO juga telah terpalit, jangan dicontohi Perangai Ketua Pembangkang jangan contohi tabiat buruk maka kesudahannya UMNO tiada beza dengan pembangkang.


Adakah UMNO terlalu letih untuk mentadbir lagi? kerana kenyataan DAIM yang mempertikaikan kewibawaan DS Najib harus dijadikan ikhtibar kerana kewibawaan DS najib adalah berasaskan kekuatan Barisan Nasional dimana kekuatan UMNO? siapakah dikalangan UMNO yang benar benar boleh dijadikan Pemimpin Rakyat yang mengutamakan UMNO daripada Barisan Nasional. 

Adake?