Sunday, November 27, 2011

UMNO TENANG HADAPI HARI PERHIMPUNAN

Adakah perhimpunan agung UMNO pada hari Selasa ini adalah yang terakhir sebagai Pemerintah atau yang teristimewa dari sebelumnya, menurut teman rapat yang terlibat didalam persediaan perhimpunan ini mengatakan rata rata hampi kesemua yang terlibat merasakan terdapat AURA TENANG sempena perhimpunan UMNO kali ini, ini ialah kerana terdapat mereka yang ingin menyaksikan ramai pemimpin UMNO diturunkan terutama kepada Ketua Pemuda UMNO.

Seberapa benar perkara itu "wallalhuallam" tetapi apa yang pasti UMNO bakal mendapat satu sentuhan Istimewa daripada Presiden UMNO yang mana Presiden UMNO dibantu oleh Timbalan Presiden dengan sebegitu tenang sekali penampilan selama ini. Syabas UMNO kerana berjaya mempertahankan Kuasa Poltik diMalaysia ini.




Hidup UMNO Hidup BARISAN NASIONAL

Friday, November 25, 2011

MAYC LIAT DIGONGGONG SYED JAKARTA dan SYED TERENGGANU

Beberapa kali saya telah membaca coretan  yang ditujukan kepada kedua dua pihak MAYC, terutama kepada pihak MAYC SYED HAMID. Sebenarnya Syed Jakarta dan Syed Terengganu ini berpakat berkepentingan untuk menjahanamkan Pertubuhan Persatuan Kelab Kelab Belia yang dianggotai sebegitu ramai ahli.

Yang menjadi persoalannya ialah benarkah Syed Hamid ini benar benar liat atau Syed Hamid menggunakan kaedah UGUTAN untuk kekal berkuasa. Walaupun sebagai dasar biasa MAYC ingin melakukan perubahan kepada pentadbiran Pengurusan MAYC, tetapi kenapa mesti masih mengekalkan Cikgu Bakar Shaukat Ali. Walaupun Pemimpin MAYC bertukar ganti tetapi Cikgu pencen ini tetap menjadi pengawas bisebalik pengurusan MAYC sambil menggunakan hidung untuk mencium bau bau yang boleh menggugatkan Syed Hamid. 

Cikgu Pencen ini adalah Cikgu pembohong dengan berbohong Cikgu Pencen ini setiap bulan mengaut keuntungan pendapatan melalui penat lelah orang lain dengan menerima paling kurang RM5 ribu gaji bulanan yang diterima melalui hasil pentadbiran bangunan Wisma Belia dan Wisma Tunku walaupun corak dan hasil pengurusan beliau telah membuatkan bangunan MAYC berbau sungguh hapak dan busuk macam bau hati mereka mereka tersebut.



Benarkah MAYC liat digonggong Syed Hamid.?? 

Mari kita lihat perubahan yang akan berlaku tidak lama lagi.



Saturday, November 12, 2011

MAMPUKAH UMNO MENANG BERSAMA BN

Setelah diamati pergerakan terkini dan langkah langkah yang perlu maka cabaran terkini UMNO bersama BN maka cabaran paling ketara yang UMNO miliki adalah calon calon winnable candidate. Buat setakat ini sebagai contoh diselangor UMNO masih dahagakan Pemimpin pemimpin berwibawa untuk merampas semula Selangor .
Fungsi UMNO sebagai Parti Politik yang berjaya yang memerintah adalah tidak dapat disangkal lagi kerana UMNO lah sebuah parti yang memerintah selama 54 tahun PArti Politik yang terulung dan yang poaling lama memrintah sesebuah kerajaan didunia ini.

Dimanakah Pemimpin Generasi Pelapis UMNO.

Mari kita rujuk ungkapan kata kata Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

KUALA LUMPUR 7 Mei - Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh yakin Barisan Nasional (BN) mampu menguasai semula Selangor apabila Datuk Seri Najib Tun Razak kini menerajui Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Menurut Shafie, kehadiran Najib sebagai pemimpin tertinggi parti untuk mengetuai Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor menunjukkan kesungguhan beliau bekerja secara terus dengan ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Jelas beliau, ia juga membolehkan parti itu menyelaraskan aktiviti di peringkat negeri seterusnya mempermudahkan usaha menghulurkan khidmat kepada masyarakat.

"Saya juga berharap lebih ramai pemimpin pelapis dan generasi muda diberi peluang memegang portfolio tertentu dalam parti bagi menyeimbangkan gelombang perubahan dalam arus politik perdana," katanya.

*****


Mampukah pemimpin generai muda UMNO memenangi hati Rakyat Selangor?

Jelas masalah kesenambungan Kepimpinan Generasi Muda diSelangor amat diperlukan, maka marilah kita gerakan generasi muda agar tampil dan bangun beranikan diri untuk sama sama membantu UMNO untuk terus menjadi Parti No 1 Malaysia dan seterusnya mencapai kemenangan pada pilihanraya Umum ke 13 nanti Insyaallah











Thursday, November 10, 2011

Konflik Pengambialihan Hutang MAYC dan Peradaban Terkini MAYC


Sejak tahun 2004 sehingga kini saya masih mempertahankan niat dan maksud sebenar saya mengenai MAYC, mereka mereka berp[endapatan bahawa saya bercita cita meilik Bangunan Wisma Tunku dan Wisma Belia berdasarkan faktor untung dan rugi.

Pada perjumpaan antara saya dan Tan Sri Sanusi Junid baru baru ini, saya telah maklumkan bahawa secara jelas Tugas dan Niat saya terhadap Bangunan MAYC. saya mengorak langkah saya untuk menyelamatkan bangunan MAYC adalah berdasarkan kekuatan dan kelebihan saya berfikir kearah Jalan Penyelesaian semuanya dibawah kekuatan Allah swt. Saya tidak mengantung banner dan spanduk utuk mempertahankan Hak saya. Secara jelas Bangunan MAYC adalah milik Persatuan dibawah kelolaan Amanah Raya Berhad.

Saya juga telah mendapat rundingan harga yang terlalu baik untuk menyelesaikan masalah tetapi yang menjadi kegilaan MAYC terdahulu adalah beranggapan kuasa dibawah Gengaman Syed Hamid Albar seorang Syed Jakarta tidak mungkin boleh menjadi Pemimpin Yang Baik.

Segalanya akan berakhir baik kepada Syed Rahman Syed Hamid Hj Zaini dll.

Mereka mereka ini adalah musuh dalam selimut MAYC.