Saturday, November 12, 2011

MAMPUKAH UMNO MENANG BERSAMA BN

Setelah diamati pergerakan terkini dan langkah langkah yang perlu maka cabaran terkini UMNO bersama BN maka cabaran paling ketara yang UMNO miliki adalah calon calon winnable candidate. Buat setakat ini sebagai contoh diselangor UMNO masih dahagakan Pemimpin pemimpin berwibawa untuk merampas semula Selangor .
Fungsi UMNO sebagai Parti Politik yang berjaya yang memerintah adalah tidak dapat disangkal lagi kerana UMNO lah sebuah parti yang memerintah selama 54 tahun PArti Politik yang terulung dan yang poaling lama memrintah sesebuah kerajaan didunia ini.

Dimanakah Pemimpin Generasi Pelapis UMNO.

Mari kita rujuk ungkapan kata kata Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

KUALA LUMPUR 7 Mei - Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh yakin Barisan Nasional (BN) mampu menguasai semula Selangor apabila Datuk Seri Najib Tun Razak kini menerajui Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Menurut Shafie, kehadiran Najib sebagai pemimpin tertinggi parti untuk mengetuai Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor menunjukkan kesungguhan beliau bekerja secara terus dengan ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Jelas beliau, ia juga membolehkan parti itu menyelaraskan aktiviti di peringkat negeri seterusnya mempermudahkan usaha menghulurkan khidmat kepada masyarakat.

"Saya juga berharap lebih ramai pemimpin pelapis dan generasi muda diberi peluang memegang portfolio tertentu dalam parti bagi menyeimbangkan gelombang perubahan dalam arus politik perdana," katanya.

*****


Mampukah pemimpin generai muda UMNO memenangi hati Rakyat Selangor?

Jelas masalah kesenambungan Kepimpinan Generasi Muda diSelangor amat diperlukan, maka marilah kita gerakan generasi muda agar tampil dan bangun beranikan diri untuk sama sama membantu UMNO untuk terus menjadi Parti No 1 Malaysia dan seterusnya mencapai kemenangan pada pilihanraya Umum ke 13 nanti Insyaallah











No comments: