Tuesday, September 9, 2008

Perjalanan Tanpa Sempadan

Perjalanan Tanpa Sempadan... adalah begitu sempurna bagi prinsip aku yang terlalu lama meninjau perjalanan yang selama ini aku idamkan. Perjalanan tanpa sempadan melangkau tataetika pendirian akal dan fikiran aku yang tak pernah aku impikan, besar kemungkinan apa yang aku dengar aku tahu aku lalu aku hidu aku rasa aku mimpi tidak dapat digambarkan oleh sesiapa termasuk kedua ibubapa aku anak anak aku diri aku sendiri.

Perjalanan Tanpa Sempadan yang aku katakan adalah perjalanan melihat sesuatu kejadian emosi pergerakan deruman serta percaturan keadaan yang begitu mengecilkan diri aku, tidak terungkap kata kata apabila tangan kiri mengeluarkan cahaya hijau tangan kanan mengeluar cahaya biru dan boleh dilihat sebegitu jelas, boleh dirasa sebegitu jelas umpama melihat sesuatu didepan kaca television.

Sekadar berlajar menulis dan belajar menjelaskan perlahan lahan tanpa ragu ragu demi kekuatan yang diterima daripada Allah swt maka aku belajar sedikit demi sedikit berani memperjelaskan keadaan diriku satu persatu. Aku berharap agar keadaan Perjalanan Tanpa Sempadan Aku dapat aku kongsikan bersama sama pada mereka mereka yang begitu lalai dengan hanya ketakutan...

Hanya Ketakutan Pada Diri sendiri.. semata mata dan seterusnya lupa kejadian kekuatan kebenaran kekasihan kesucian kemungkaran dan
(kejadian politik semasa) fitnah dan tohmah adalah telah dicabar diugut (dengan balasan azab, musibbah) diulang berkali kali didalam banyak ayat suci Al Quran adalah Pencemaran Akidah dan Pencemaran kekusutan keimanan yang perlu dijihad dengan Akal serta kekuatan segala deria manusia yang tajam malah lebih tajam bukan untuk menghalang malah untuk menghapuskan segala galanya demi kemenangan Islam.

Perjalanan Tanpa Sempadan bukan
Perjuangan Yang Belum Selesai tetapi perjalanan bukan hanya sekadar perjuangan, perjalanan adalah satu Hijrah yang terlalu utuh dan kukuh jika dijalankan dengan penuh kekuatan dengan setiap harapan dilalui dengan laluan lurus.

Jika aku lalu lalui laluan lurus aku masih lagi mohon pada Allah agar mata dan jiwa aku dapat melihat tanpa ragu setiap laluan lurus adalah hanyalah daridemi untuk ..

Allah swt..

" Besi diwaja menjadi jati, panah kebumi halilintar diberi "
Bumi kelangit dan langit kebumi
kiri kekanan dan kanan kekiri
Aku yakin Akal dihati
Hanya Tuhan yang pasti pasti


No comments: